HomeIsu KerajaanHashtag KekalTenang & DaulatTuanku

Hashtag KekalTenang & DaulatTuanku

#KekalTenang dan #DaulatTuanku Mendominasi TikTok & FB

Seminggu ini kami di QGA mendapati terdapat trending menaik bagi #KekalTenang dan #DaulatTuanku di Tik Tok.
Trending ini bermula pada 9 Januari dan sehingga 12 Januari 2024 sebanyak 226,000 views video-video berkaitan #daulattuanku dan 707,000 views untuk #kekalternang.

Dari segi sentimen kedua-dua tanda pagar ini mendapat respon positif dari warganet apabila lebih 95% memberi reaksi positif terhadapat #kekaltenang dan #daulattuanku pula mendapat lebih 85% respon positif. Di Facebook dan X pula, sebanyak 19,000 engagement berjaya dikumpulkan di Facebook dan X mendapat 6841 engagement. #kekaltenang kelihatan signifikan apabila halaman-halaman eberita mengunakan tanda pagar tersebut di Facebook dan di X jumlah tweet asal juga agak signifikan menunjukan sokongan penguna X terhadap tanda pagar ini.

#kekaltenang dan #daulattuanku mula digunakan apabila terdapat desas desus pertukaran kerajaan apabila Perdana Menteri Ke-10 tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli parlimen. Di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan pekara 43 (4) menggariskan prosedur perlembagaan di Malaysia untuk situasi di mana Perdana Menteri kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat. Perdana Menteri mempunyai dua pilihan: sama ada untuk meletakkan jawatan bersama Jemaah Menteri atau meminta Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, yang biasanya membawa kepada pilihan raya umum.

Dalam satu temubual Sinar Harian, Pensyarah Undang-undang dan Polisi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof menjelaskan bahawa perubahan sokongan tersebut bukan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan Agong melantik seorang Perdana Menteri yang, menurut pendapatnya, mungkin memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

1. Analitika Ilmuan
2. Perlembagaan Persekutuan Pekara 43(4)

Share:

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Pada bulan April yang lepas, QGA ada melaporkan bahawa Menteri Ekonomi memaklumkan bahawa subsidi bahan api tetap akan dikurangkan pada...
Pada 17 April, Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli nekad bahawa kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol pada tahun ini bagi mengecilkan...
Pada 15 April 2024, HeiTech Padu dianugerahkan kontrak oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM190 juta. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,...