
Varian coronavirus yang dilaporkan sudah berada dalam komuniti mendatangkan kebimbangan kerana berpotensi untuk meningkatkan tahap kesebaran, meningkatkan virulensi (keupayaan patogen atau mikroorganisma untuk menyebabkan kerosakan kepada hos) atau mengurangkan keberkesanan vaksin terhadapnya.
KATEGORI SARS-CoV-2
Sejak kes mutasi varian B.1.1.7 dilaporkan di United Kingdom, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah melakukan survelan genomik bermula daripada Oktober 2020 bagi mengesan varian-varian yang ada (Abdullah, 2021)
Varian SARS-CoV-2 dapat dikategorikan kepada 2:
1. Variant of Concern (VOC)
Varian yang terdapat bukti peningkatan penularan, penyakit yang lebih teruk (cth: peningkatan hospitalisasi atau kematian), penurunan peneutralan ketara oleh antibodi yang dihasilkan semasa jangkitan atau vaksinasi sebelumnya, penurunan keberkesanan rawatan atau vaksin atau kegagalan pengesanan diagnostik (National Center for Immunization and Respiratory Diseases (NCIRD), Division of Viral Diseases, 2021)
2. Variant of Interest (VOI)
Varian dengan penanda genetik tertentu yang telah dikaitkan dengan perubahan pada pengikatan reseptor, pengurangan peneutralan oleh antibodi yang dihasilkan terhadap jangkitan atau vaksinasi sebelumnya, penurunan keberkesanan rawatan, berpotensi terkesan keatas diagnostik atau dijangkakan peningkatan penularan atau keparahan penyakit.
Jadual 1 menunjukkan bilangan kes positif COVID-19 dengan VOC dan VOI daripada 14 Mei 2021 hingga 9 Jun 2021 (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2021)
Jadual 2 pula menunjukkan varian-varian coronavirus yang dikenalpasti di Malaysia (World Health Organization, 2021)
KESIMPULAN
Untuk melawan varian-varian baru ini, sangat penting untuk kita mendapatkan kedua-dua dos vaksin. Hasil kajian Public Health England (PHE) mendapati bahawa selepas mengambil dua dos vaksin, tahap keberkesanan perlindungan badan terhadap varian SARS-CoV-2 meningkat dengan ketara (Citroner, 2021)
Kerajaan Malaysia telah meningkatkan kadar suntikan vaksin kepada 150,000 sehari dan menambah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam usaha untuk mencapai imuniti kelompok.
Rujukan: KKM, NCIRD, WHO