0 3 mins 53 yrs

Terdapat beberapa kaedah dalam pengumpulan data bagi menjalankan kajian tinjauan. Kaedah yang biasa digunakan adalah melalui kajian bersemuka dan panggilan telefon serta secara atas talian.

KAJIAN BERSEMUKA

Kajian secara bersemuka atau face-to-face melibatkan pengkaji mendapatkan jawapan responden secara bersemuka di lapangan. Umumnya, kaedah ini dikatakan lebih melibatkan interaksi serta berada dalam suasana yang kondusif bagi tujuan penyelidikan.

Kadah persampelan dapat dilaksanakan secara saintifik serta bersistematik dan pengkaji dapat melihat responden secara fizikal.

Walaubagaimanapun, beberapa kekurangan bagi kajian secara bersemuka adalah kos yang agak tinggi, ruang lingkup geografi yang agak terbatas serta mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan berbanding kaedah lain. (Holbrook, Geen & Krosnick, 2003; Alreck & Settle, 2004).

KAJIAN ATAS TALIAN

Kaedah secara atas talian kian menjadi pilihan bagi para pengkaji. Walaupun menggunakan kaedah yang berlainan, pengkaji bertanggungjawab memastikan kaedah persampelan adalah secara saintifik samada ianya diadakan secara rawak mudah, rawak sistematik, berstrata mahupun kluster pelbagai peringkat.

Soalselidik biasanya dihantar kepada responden samada melalui email atau akaun sosial media. Kaedah ini dikatakan lebih mudah, cepat dan mampu menjangkau lebih ramai reponden dalam satu-satu masa. (Kellner, 2004; Duffy, Smith, Terhanian & Bremer, 2005)

Walaubagaimanapun, isu timbul apabila persampelan kaedah atas talian ini dijalankan secara ‘convenient sampling’ atau ‘snowball sampling’. Ianya akan mendedahkan kajian kepada sampel yang bias serta tidak bersifat ‘representative’.

Terhanian (2003) mengulas bahawa soalsedik akan dijawab oleh mereka yang hanya di atas talian, mereka yang bersedia menjawab serta kemungkinan kepada golongan tertentu misalnya golongan muda atau lelaki.

Secara keseluruhan, literatur menunjukkan bahawa kajian secara bersemuka lebih bersifat representative diikuti dengan panggilan telefon sedangkan kajian melalui atas talian secara persampelan snowball mendedahkan kajian kepada responden yang tidak terkawal dan dapatan yang sangat bias serta tidak representative (Szolnoki & Hoffman, 2013; Chang & Krosnick, 2009).

Rujukan:

1) Alreck, P. & Settle, R. (2004). Survey research handbook (3 rd. ed.). Mc Graw Hill, New York.

2) Chang, L. & Krosnick, J. A. (2009). National surveys via RDD telephone interviewing versus the internet: Comparing sample representativeness and response quality. Public Opinion Quarterly, 73(4), 641-678.

3) Duffy, B., Smith, K., Terhanian, G. & Bremer, J. (2005). Comparing data from online and face-to-face surveys. International Journal of Market Research, 47(6), 615-639.

4) Holbrook, A. L., Geen, M. C. & Krosnick, J. A. (2003). Telephone versus face-to-face interviewing of national probability samples with long questionnaires: Comparison of respondent satisfying and social desirability response bias. Public Opinion Quarterly, 67, 79-125.

5) Kellner, P. (2004). Can online polls produce accurate findings. International Journal of Market Research, 46(1), 3-22.

6) Szolnoki, G. & Hoffmann, D. (2013). Online, face-to-face and telephone surveys: Comparing different sampling methods in wine consumer research. Wine Economics and Policy 2. 57–66.

7) Terhanian, G. 2003. The unfulfilled promise of internet research. In: MRS Conference Paper 37.

#QGenAnalysts

#GeneratingImpactfulResearch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *