
SIAPAKAH YANG GERAKKAN QGA?
BAGAIMANAKAH QGA JALANKAN KAJIAN?
APA ITU QGA?
QGA ditubuhkan pada 30 September 2019 oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang mempunyai visi untuk berkongsi dapatan daripada analisis kajian/penyelidikan rintis. Kajian/penyelidikan rintis adalah merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat.
QGA wujud bertujuan untuk berkongsi maklumat empirikal dan mencipta nilai melalui kajian yang berimpak, pemikiran kritis dan perbincangan yang matang. Semua yang dikongsi dan dibincangkan di laman page/web QGA tidak semestinya mewakili pendapat QGenAnalysts.
APA ITU KAJIAN RINTIS?

I. Kajian rintis atau ‘pilot study’ merupakan kajian awal berskala kecil yang dilaksanakan sebelum kajian sebenar
II. Dilakukan bagi melihat kebolehlaksanaan/kemunasabahan sesuatu kajian yang bakal dilakukan
III. Memberi panduan awal kepada pengkaji sekiranya:
• kajian sebenar yang akan dilakukan akan bermasalah
• garis kasar cadangan kajian kurang mantap
• instrumen kajian yang digunakan kurang sesuai
IV. Data dianalisis untuk memastikan item-item mempunyai kebolehpercayaan iaitu konsistensi dalaman yang tinggi
RESPONDEN KAJIANI.

I. Subjek yang dicadangkan adalah 30-40 subjek
II. Menggunakan subjek kajian yang bukan merupakan subjek populasi kajian bagi mengelakkan masalah pencemaran kajian rintis
III. Subjek lain tersebut mempunyai ciri-ciri yang sama dengan ciri-ciri subjek populasi kajian
IV. Contoh: menggunakan sampel guru-guru sekolah kebangsaan di Cyberjaya (berdekatan) yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan subjek kajian iaitu guru-guru di sekolah kebangsaan di Putrajaya
FUNGSI KAJIAN RINTISI.

I. Menguji dan membina keberkesanan instrumen kajian
II. Menilai kesesuaian reka bentuk kajian
III. Menilai samada rangka dan teknik persampelan berkesan
IV. Mengenal pasti masalah yang mungkin timbul dalam kajian sebenar
V. Menilai kesesuaian soalan kajian
VI. Melatih pengkaji menguruskan kajian sebenar dengan lancar dan berkesan
VII. Menilai keberkesanan teknik analisis kajian yang bakal digunakan dalam kajian sebenar