0 2 mins 53 yrs

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengesan penerbangan yang mencurigakan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) di ruang udara ZMM, Kota Kinabalu Sabah pada 31 Mei 2021. Pesawat PLAAF telah menghampiri persisir pantai Wilayah Sarawak [1].

TUDM telah mengarahkan pesawat-pesawat tersebut menghubungi kawalan trafik udara KK FIR, namun arahan tersebut tidak diendahkan. Oleh itu, pada jam 1.33 tengah hari, TUDM telah melancarkan pesawat-pesawat pemintas iaitu HAWK 206, bagi melakukan identifikasi visual. TUDM mendapati pesawat PLAAF adalah jenis Ilyishin II-76 dan Xian Y-20 yang mampu menjalankan pelbagai misi [1].

Berhubung dengan pencerobohan ini, kerajaan Malaysia akan menghantar nota bantahan diplomatik kepada kerajan China dan memanggil Duta Besar China ke Malaysia bagi memberi penjelasan berkaitan pencerobohan ini [2].

Kepantasan dan ketegasan pihak TUDM dan kerajaan Malaysia ini harus dipuji oleh kita semua. Ini menunjukkan TUDM dan kerajaan Malaysia amat tegas dan serius dalam menjaga kedaulatan negara daripada pencerobohan. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlu yakin dengan anggota pertahanan negara kita dan terus memberikan sokongan moral kepada mereka semua.

Rujukan:

[1] Kenyataan Media Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 1 JUN 2021

[2] https://www.bharian.com.my/…/malaysia-hantar-nota…

#QGenAnalysts

#GeneratingImpactfulResearch